Surah Al-Fatihah Dan Keajaiban Angka Tujuh
Apa rahsia yang ada diseebalik penamaan surah
al-Fatihah? dengan nama as-Sab'ul Matsani (tujuh ayat yang dibaca
berulang-ulang)? Pembahasan berikut ini akan menjelaskan kepada
anda sebahagian di antara keajaiban angka tujuh yang terdapat dalam
surat al-Fatihah.
Allah Subhaanahu Wata'ala berfirman,
"Dan sesungguhnya Kami telah
berikan kepadamu tujuh ayat yang dibaca berulang-ulang dan Al Quran yang
agung. " (al - Hijr : 87)
Rasulullah shallallahu ' alaihi wasallam
pernah bersabda,
"Alhamdulillahi rabbil ' alamin"
(Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta Alam) (surah al-Fatihah) adalah
as-Sab'ul Matsani (tujuh ayat yang dibaca berulang-ulang) dan al-Quran yang
Agung yang diberikan kepadaku." (Hadith
Riyawat al-Bukhari)
Keajaiban Pertama
Jumlah ayat dalam surah al - Fatihah ada tujuh
ayat. Jumlah langit ada tujuh. Jumlah bumi ada tujuh. Jumlah hari dalam
seminggu ada tujuh hari. Jumlah pusingan yang dilakukan oleh seseorang yang
melakukan tawaf mengelilingi kaabah adalah tujuh pusingan. Sa'i (berlari-lari
kecil) antara Shafa dan Marwa dilakukan sebanyak tujuh kali. Melempar jumrah
dilakukan oleh orang yang sedang melaksanakan ibadah haji sebanyak tujuh kali.
Anggota badan yang diperintahkan oleh Rasulullah shallallahu ' alaihi wasallam untuk
sentuh ke tanah (lantai) ketika sujud ada tujuh anggota badan. Jumlah pintu
jahannam ada tujuh buah. Kata "jahannam" disebutkan dalam al-Quran
sebanyak 77 kali ( 77 = 7x11).
Keajaiban ke Dua
Jumlah huruf hijahiyah yang ada dalam surah
al-Fatihah ada 21 huruf (21 = 7x3). Huruf tersebut adalah :
ابتحدذرسصضطعغقكلمنوهي
Keajaiban ke Tiga
Jumlah huruf yang terputus-putus yang ada
dalam al-Quran ada 14 huruf (14 = 7x2). Huruf-huruf itu termasuk dalam
huruf-huruf yang ada dalam surah al-Fatihah. Huruf-huruf tersebut adalah:
المنهكسيعصرقحط
Keajaiban ke Empat
Jumlah huruf dari kalimat الله iaitu ا , ل , dan ه yang ada dalam surah al - Fatihah ada 49
huruf (49 = 7x7)
Keajaiban ke Lima
Huruf yang terputus-putus yang pertama kali
disebutkan dalam al-Quran adalah firman Allah الم yang merupakan ayat pertama dalam surat
al-Baqarah. Jika kita mengira jumlah ketiga huruf tersebut ( ا , ل , dan م ) dalam surah al-Fatihah, akan kita dapati
bahawa huruf ada 22 buah, huruf ل ada 22 buah dan huruf م ada 15 buah. Apabila kita menggandingkan
jumlah ketiga huruf di atas maka akan terbentuk bilangan 222215 atau kalau kita
membalik susunannya akan terbentuk bilangan 152222 dan 221522. Dan ajaibnya,
ketiga bilangan tersebut merupakan kelipatan dari angka tujuh. ( 222215 =
7x31745 , 152222 = 21746 , 221522 = 7x31646 )


0 komentar:
Posting Komentar